Thursday, 11 September 2014


VIETNAM 


BENDERA VIETNAM

Vietnam secara rasminya Republik Sosialis Vietnam, ialah negara paling timur di semenanjung Indochina di Asia Tenggara, bersempadan dengan China di utara, Laos di barat laut, danKemboja di barat daya. Di pantai timur negara ini adalah Laut China Selatan. Dengan bilangan penduduk mencecah 87 juta, Vietnam ialah negara ke-13teramai penduduknya di dunia. Negara ini juga tersenarai di kalangan "sebelas ekonomi yang seterusnya"; menurut perangkaan kerajaan, kadar kenaikanKDNK mencatat 8.17% pada tahun 2006, iaitu kadar pertumbuhan KDNK kedua terpantas di kalangan negara-negara Asia Timur dan yang terpantas di Asia Tenggara. ibu negara bagi Vietnam ialah Bnadar Hanoi. 



EKONOMI

Mata wang : Dong

Industri utama : Sawah padi, kopi, getah , kapas, teh, lada hitam, kacang soya,kacang, pisang, ayam, ikan dan makanan laut.

Barangan yang dieksport : Pakaian, kasut, barang laut, minyak mentah, elektronik, barangan kayu dan beras ijentera.

Barangan yang diimport : Jentera dan barangan, petroleum, keluaran keluli, bahan mentah bagi industri pakaian dan kasut, elektronik plastik dan kereta.

Vietnam masih merupakan negara yang agak miskin dengan KDNK sebanyak US$280.2 juta pada pariti kuasa beli (anggaran, 2006, Sumber: unit Economist Intelligence), iaitu ~US$3,300 per kapita (US$726 pada kadar tukaran pasaran). Kadar inflasi dianggarkan pada 7.5% setahun pada tahun 2006. Kuasa perbelanjaan awam dilihat banyak bertambah. Kemiskinan tegar, iaitu satu peratusan penduduk yang menyara hidup dengan cuma kurang $1 sehari, turut banyak menurun dan kini lebih kecil berbanding kadar yang serupa di China, India, dan Filipina. Sebagai kesan beberapa langkahpembaharuan tanah, Vietnam kini merupakan pengeluar kacang gajus terbesar dengan satu pertiga keluaran dunia serta pengeksport beras kedua terbesar di dunia selepas Thailand. Vietnam mengalami peratusan kegunaan tanah tertinggi untuk tanaman kekal, iaitu 6.93%, di kalangan negara-negara rantau Subkawasan Mekong Raya. Selain beras, hasil eksport penting yang lain termasuk kopitehgetah, dan hasil perikanan. Bagaimanapun, bahagian pertanian dalam keluaran ekonomi makin berkurangan, iaitu merosot sebagai bahagian GDP dari 42% pada tahun 1989 kepada 20% pada tahun 2006, kerana pertumbuhan pengeluaran dalam sektor-sektor lain dalam ekonomi. Menurut CIA World Fact Book, kadar pengangguran di Vietnam antara yang terendah di dunia iaitu pada 2%, hanya mengekori AzerbaijanCubaIcelandAndorradan Liechtenstein. Antara langkah-langkah lain yang diambil dalam proses peralihan kepada ekonomi pasaran, pada bulan Julai 2006 Vietnam mengemaskini perundangan harta inteleknya agar mematuhi TRIPS. Vietnam diterima masuk ke dalamWTO pada 7 November 2006. Rakan dagang utama Vietnam termasuk Jepun, Australia, negara-negara ASEAN, A.S. dan negara Eropah Barat.


MATA WANG VIETNAM : DONG

BUDAYA

Bahasa vietnam merupakan bahasa lisan dan bertulis.

Budaya vietnam banyak dipengaruhi jirannya china.Oleh sebab kaitan vietnam dengan selatan china sepanjang zaman,salah satu daripada ciri-ciri budaya vietnam ialah tugasan kewangan.Pendidikan dan kebaikan diri dihargai tinggi.Mengikut serjarah,lulus dalam peperiksaan mandarin diraja pernah satu-satunya cara bagi orang vietnam untuk memajukan diri mereka secara sosial.

Ketika zaman sosialis,kehidupan kebudayaan vietnam banyak dipengaruhi oleh media yang dikawal kerajaan dan pengaruh kebudayaan rancangan sosialis.Selama berdekad-dekad,pengaruh budaya luar dihindari dan penekanan diberi kepada penghargaan dan perkongsian budaya negara komunis seperti Kesatuan Soviet,China,cuba dan lain-lain.Sejak 1990-an,Vietnam melihatkan dirinya lebih terdedah kepada budaya dan media Asia Tenggara,Eropah dan Amerika.


 Dewan Opera Hanoi

Salah satu sejenis pakaian tradisional vietnam yang terlaris ialah 'Ao Dai'yang dipakai untuk peristiwa khas seperti perkahwinan atau pesta.Ao dai berwarna putih dijadikan pakaian seragam yang diwajibkan untuk pelajar perempuan di kebanyakan sekolah tinggi di vietnam.Ao dai dahulunya dipakai oleh kedua-dua jantina tetapi kini hanya dipakai oleh perempuan,kecuali untuk peristiwa kebudayaan tradisional penting yang tertentu di mana ada lelaki yang memakainya.


PAKAIAN TRADISIONAL

Muzik vietnam menampakkan sedikit perbezaan antara tiga rantau:Bac(utara),Trung(tangah), dan Nam (selatan).Muzik klasik utara adalah yang tertua di  vietnam dan lebih bersifat formal.

Muzik klasik vietnam boleh dikatakan berasal daripada serangan Mongol,apabila orang vietanam menawan sekumpulan opera china.Muzik klasik tengah menunjukkan pengaruh bahaya  champa dengan melodinya yang melankolik.Muzik selatan pula menghasilkan sifat laissez-faire yang bertenaga.


ALAT MUZIK

Dikalangan pelbagai majlis tradisional Vietnam, perkahwinan tradisional Vietnam adalah antara yang terpenting. meskipun mengalami pembaratan kebanyakan adat lama dalam perkahwinan Vietnam dirai oleh orang Vietnam di dalam dan luar negeri, dengan sering menggabungkan unsur timur dan barat.

 MASAKAN

Masakan Vietnam kurang berminyak dan banyak sayur. hidangan hidangan utama banyak berdasarkan nasi, kicap dan sos ikan. Rasa rasa makanan ini biasanya manis (gula), pedas (lada serranu),masam (limau), nuocmam (sos ikan), dan diperisakan lagi oleh beraneka pudina dan selasih. orang Vietnam mempunyai tradisi vegetarian yang dipengaruhi oleh nilai-nilai agama budha.


MAKANAN

ADAB MAKAN

Orang Vietnam makan 3 kali sehari. Makanan orang Vietnam sama macam negara kita, mereka makan nasi berlauk. Sarapan pagi orang Vietnam ialah bubur nasi dengan sedikit lauk merupakan makanan laut atau daging.

Makan tengah hari orang Vietnam pada pukul 11 pagi, pada zaman dahulu orang Vietnam akan pulang ke rumah untuk makan bersam keluarga tetapi zaman sekarang mereka makan di kafe atau restoran.

Makan malam adalah acara bagi seluruh anggota keluarga. Makanan Vietnam disajikan di atas meja makan. Makanan lengkap bagi keluarga Vietnam terdiri dari nasi, lauk pauk yang berupa sayuran atau daging serta sup. 

Minuman orang Vietnam adalah teh, kopi atau arak beras. Pencuci mulut mereka pula, biasanya buah buahan seperti betik, nenas dan mangga.

PERAYAAN

Perayaan hantu ialah sebuah perayaan cina yang di sambut oleh orang cina dimerata dunia. Mengikut adat resam cina hari ke 13 bulan ke 7 dalam kelendar qumari bergelar hari hantu dan bulan ke 7 secara am nye dianggap sebagai bulan hantu, iaitu apabila hantu-hantu dan roh-roh, termasuklah para leluhur yang lama meninggal, keluar dari alam ghaib.


PERAYAAN HANTU

Perayaan Qingming ialah ahli keluarga masih hidup memberi penghormatan kepada leluhur mereka manakala pada hari hantu yang meninggal  menziarahi yang hidup. pada hari ke 13 ketiga-tiga alam syurga,neraka dan fana dibuka pada masa ini penganut agama tao dan buddha laksanakan upacara amalkan untuk mengubah dan membebaskan penderitaan orang dah meninggal.




No comments:

Post a Comment